KUALA LUMPUR: Sembilan kes diambil tindakan di bawah Seksyen 42A Akta Pengangkutan Jalan 1987 sejak ia berkuat kuasa 16 Oktober lalu, khusus bagi menoktahkan aktiviti berlumba atau menduga kelajuan di jalan raya.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata sembilan kes itu direkodkan sejak 25 Oktober lalu, dengan enam daripadanya dilaporkan di Kuala Lumpur, diikuti dua di Selangor dan satu di Pulau Pinang.

"Daripada jumlah berkenaan, enam kes sudah dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan dengan empat kes sudah diputuskan dan dikenakan hukuman denda antara RM2,300 hingga RM2,500.

"Sementara itu, waran tangkap sudah dikeluarkan bagi dua kes yang membabitkan ketidakhadiran tertuduh ke mahkamah," katanya ketika ditemui selepas tamat Operasi Khas di Jalan Ampang, di sini, hari ini