Cardiff: Kapten Wales, Dewi Lake berkata, suasana negatif yang menyelubungi ragbi negara itu menjadi pembakar semangat buat pasukannya untuk menewaskan New Zealand buat kali pertama sejak 1953 menerusi kemenangan 35-28, awal pagi tadi.
Lake dan rakan sepasukan menewaskan juara Piala Dunia Ragbi tiga kali itu untuk mencatat kemenangan pertama dalam 34 pertemuan, selain kemenangan keempat sahaja sejak kedua-dua pasukan mula bertemu pada 1905.
Wales melalui tempoh suram sejak Piala Dunia 2023, termasuk lebih dua tahun tanpa kemenangan dalam aksi ujian di laman sendiri, selain dibayangi pelbagai isu di luar padang yang menjejaskan sukan itu.
Minggu lalu mereka menewaskan Jepun dalam aksi yang kurang meyakinkan untuk memulakan kempen Kejohanan Negara-Negara dengan keputusan positif.









