Kuala Lumpur: Lawatan Presiden Perancis Emmanuel Macron ke Malaysia yang dijadualkan berlangsung dalam masa terdekat akan menumpukan, antara lain, kepada usaha mempelbagaikan sumber bekalan unsur nadir bumi Perancis yang penting bagi pembuatan motor elektrik serta peranti elektronik.
Menerusi hantaran di platform media sosial X pada Sabtu, Macron berkata, lawatannya ke Kemboja dan Malaysia bertujuan memperkukuh perkongsian ekonomi serta melindungi pekerjaan dan industri di Perancis serta di seluruh wilayahnya.
"Di Malaysia, saya datang khususnya untuk mempelbagaikan bekalan unsur nadir bumi kami. Kita jarang memperkatakannya, namun ia amat penting untuk menghasilkan magnet yang digunakan dalam motor elektrik dan peranti elektronik tertentu," katanya.








