TENAGA Nasional Berhad (TNB) Thunderstars secara rasminya dinobatkan sebagai juara Liga Hoki Malaysia (MHL) 2026 biarpun tewas 1-2 kepada Terengganu Hockey Team (THT) pada aksi terakhir liga di Stadium Hoki TNB, Putrajaya pada Sabtu.Kemenangan THT itu turut mengesahkan mereka selaku naib juara liga selepas mengumpul 27 mata, sekali gus mengetepikan pencabar terdekat, Maybank.Pada pertembungan itu, TNB Thunderstars yang mengesahkan kejuaraan lebih awal pada aksi terdahulu, membuka jaringan seawal minit keempat menerusi Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi, namun THT menyamakan kedudukan seminit kemudian hasil jaringan Muhammad Firhan Ashari.THT memastikan kemenangan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Shazril Irwan Nazli pada minit ke-49.Kekalahan itu merupakan yang pertama buat TNB Thunderstars selepas merekodkan 10 kemenangan dan satu keputusan seri sebelum ini.Majlis penyampaian trofi juara MHL 2026 kepada TNB Thunderstars berlangsung selepas perlawanan.