Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata kemungkinan lain beliau bertanding pada PRU16 sebagai calon bebas. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, sedang mempertimbangkan untuk mempertahankan kerusi Parlimennya atas tiket PKR pada PRU akan datang.
Syed Hussin, yang pernah menjadi ahli Umno dan Bersatu, berkata kemungkinan lain ialah bertanding pada PRU16 sebagai calon Bebas, lapor Utusan Malaysia.
"Saya melihat ada dua kemungkinan. Pertama, saya bertanding sebagai calon Bebas dan kedua, ada kemungkinan saya bersama dengan Anwar Ibrahim melalui PKR.
"Saya mahu melihat sejauh mana rakyat hari ini menilai seseorang wakil rakyat berdasarkan khidmat yang diberikan, bukan semata-mata kerana lambang parti," katanya.








