Ketua Polis Kuala Terengganu Azli Mohd Noor berkata penerbangan Qingdao Airlines (QW907) yang membawa 207 penumpang dan anak kapal itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud kira-kira 5.30 petang semalam. (Gambar Wikipedia)PETALING JAYA: Sebuah pesawat penerbangan dari China ke Kuala Lumpur terpaksa dilencongkan ke Kuala Terengganu petang semalam akibat cuaca buruk.
Ketua Polis Kuala Terengganu Azli Mohd Noor berkata pesawat Airbus A321neo itu sepatutnya mendarat di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), namun terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM).
Katanya, penerbangan Qingdao Airlines (QW907) yang membawa 207 penumpang dan anak kapal itu terpaksa dilencongkan ke LTSM selepas lebih sejam berlegar-legar di udara akibat cuaca buruk, lapor Bernama.







