JAKARTA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, akan mencari calon bagi menggantikan Gibran Rakabuming Raka yang meletak jawatan sebagai Naib Presiden, selepas mengadakan lawatan ke China.
Prabowo dijadual mengadakan lawatan rasmi ke China bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Shenzhen selama dua hari bermula 18 November ini.
Sebelum ke China, Prabowo terlebih dahulu akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Manila, Filipina.
"Saya berangkat ke Manila untuk menghadiri agenda ASEAN, bukan bersiar-siar. Dari Manila, saya akan ke Shenzhen, China.









