Mazlan Ali berkata Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin masih belum pulih daripada perpecahan dalaman sebelum ini.PETALING JAYA: Bersatu perlu melakukan perubahan drastik dan memperkukuh semula organisasinya selepas kekalahan dalam tiga PRN berturut-turut, yang menunjukkan parti itu masih bergelut memulihkan pengaruh serta sokongan pengundi, kata penganalisis.
Tawfik Yaakub.Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya berkata kekalahan Bersatu di semua tujuh kerusi ditandinginya pada PRN Melaka menggambarkan kemerosotan politik parti itu yang amat serius sejak penubuhannya.
Menurutnya, keputusan PRN Johor, Negeri Sembilan dan terbaru Melaka memberi isyarat Bersatu semakin kehilangan pengaruh dalam kalangan pengundi Melayu.







