KUALA NERUS: Sejumlah 207 penumpang dan kru Qingdao Airlines (QW907) dari China terkandas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini akibat cuaca buruk petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata pesawat Airbus A321neo itu sepatutnya mendarat di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), namun terpaksa dilencongkan ke LTSM selepas lebih sejam berlegar-legar di udara akibat cuaca buruk.
Beliau berkata buat sementara waktu, semua penumpang ditempatkan di tiga hotel sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, sementara menunggu tindakan lanjut.
"Penerbangan dilaporkan selamat mendarat di LTSM kira-kira 5.30 petang semalam selepas turut tidak dapat dilencongkan ke Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang (LTAAP) berikutan masalah kekurangan bahan api.









