KUALA LUMPUR: Isu berkaitan pelarian Rohingya, jenayah siber, jerebu dan kesihatan awam termasuk usaha kerajaan mengatasi masalah kesihatan mental dalam golongan muda antara tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat minggu depan.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang rasmi Parlimen, Lim Lip Eng (PH- Kepong) meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan bilangan terkini pelarian Rohingya di Malaysia serta jumlah yang sudah dihantar pulang ke Myanmar tahun ini.
Beliau juga mahu kerajaan menjelaskan bagaimana pelarian Rohingya memasuki Malaysia dan agensi yang bertanggungjawab terhadap kelemahan yang membolehkan kemasukan berkenaan.
Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan mekanisme jangka panjang kerajaan menangani isu pelarian Rohingya di Malaysia susulan terhentinya proses penempatan ke negara ketiga.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fmalacca_PH_1as342_189200.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)