Georgetown: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) melupuskan 2,782 ekor burung merpati dan gagak di seluruh pulau itu bulan lalu bagi menangani gangguan haiwan perosak serta menjaga kebersihan awam.
MBPP berkata, sebanyak 1,035 ekor burung merpati ditangkap manakala 1,747 ekor burung gagak dimusnahkan menerusi operasi kawalan populasi yang dijalankan secara berterusan.
"Kami turut memusnahkan 36 sarang burung gagak bagi mengawal pembiakan dan mengurangkan risiko keselamatan, khususnya di kawasan perumahan dan pusat komersial.
"Bagi menghalang orang ramai daripada memberi makanan kepada burung, yang menyumbang kepada peningkatan populasinya, kami turut mengeluarkan tujuh kompaun di bawah Seksyen 47(1)(g) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974," katanya dalam kenyataan di Facebook.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fmalacca_PH_1as342_189200.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)