PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian penyanyi, Aina Abdul yang berjaya menduduki tempat keempat pada edisi sulung Eurovision Song Contest Asia 2026 di One Bangkok Forum, Bangkok, Thailand, malam tadi.

Menerusi hantaran di media sosial hari ini, Anwar turut mengucapkan tahniah kepada Aina dan seluruh pasukannya atas kejayaan membawa nama Malaysia ke pentas muzik antarabangsa.

“Alhamdulillah, tahniah Aina Abdul atas kejayaan meraih tempat keempat dalam Eurovision Asia Song Contest 2026.

“Malaysia tetap berbangga dengan pencapaian Aina dan pasukan yang telah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa. Terus terbang tinggi Aina!,” tulisnya.