Kuala Lumpur: Isu berkaitan pelarian Rohingya, jenayah siber, jerebu dan kesihatan awam termasuk usaha kerajaan untuk mengatasi masalah kesihatan mental dalam golongan muda antara tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat minggu ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat seperti yang dipaparkan di laman sesawang rasmi Parlimen, Lim Lip Eng (PH- Kepong ) akan meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan bilangan terkini pelarian Rohingya di Malaysia serta jumlah yang sudah dihantar pulang ke Myanmar pada tahun ini.
Beliau juga mahu kerajaan menjelaskan bagaimana pelarian Rohingya ini memasuki Malaysia serta agensi yang bertanggungjawab terhadap punca berlakunya kelemahan yang membolehkan kemasukan berkenaan.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fmalacca_PH_1as342_189200.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)