Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor berkurangan, manakala di Perak mencatatkan sedikit peningkatan setakat 8 pagi ini.
Di SELANGOR, sebanyak 1,493 mangsa daripada 398 keluarga masih berlindung di tujuh PPS di Kuala Selangor, berbanding 1,511 mangsa daripada 405 keluarga pada petang semalam.
Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang menempatkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 433 orang, diikuti SK Dato' Maharaja Lela (391), Sekolah Rendah Agama (SRA) Bukit Kuching (303), Dewan Orang Ramai Bukit Kuching Tengah (131) dan Kafa Integrasi Hidayah Bukit Cherakah (114).
Dua lagi PPS ialah SRA Batu 8 Ijok yang menempatkan 71 mangsa dan Dewan Komuniti Penyayang Tanjung Siam (50).








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FBemban14_808844.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
