Kuala Lumpur: Abang sulung kepada pelakon, Rita Rudaini, Allahyarham Ahmad Musyaiful Mokhtar menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, pada jam 1.46 pagi tadi.

Ahmad Musyaiful, 51, dikejarkan ke hospital selepas rebah ketika menjayakan satu acara membabitkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kelana Jaya.

Rita berkata, dia menerima berita duka itu daripada anak saudaranya dan memohon agar diberikan ruang bagi melalui saat sukar ini.

"Pemergian insan tersayang ini tentunya satu kehilangan yang amat besar buat saya dan seluruh keluarga. Tiada kata yang mampu menggambarkan perasaan saya saat menerima berita duka ini daripada anak arwah awal pagi tadi.