Demikian luahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem yang memohon maaf kerana tidak berupaya membalas satu persatu mesej, komen dan ucapan diterimanya selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya Mohd. Noor Helmy berkata, dia menerima terlalu banyak mesej menerusi WhatsApp, ruangan komen, mesej langsung (DM) dan Messenger sehingga tidak mempunyai tenaga untuk membalas kesemuanya.

Menurutnya, meskipun membaca mesej yang diterima, keadaan fizikalnya yang terlalu keletihan menyebabkan dia tidak berdaya untuk memberikan maklum balas kepada setiap individu.

“Saya baca tapi takde tenaga nak reply. Badan saya totally flat. Nak reply satu persatu tak terdaya,” katanya.