GEORGETOWN: Seorang lelaki warga emas dilaporkan pengsan ketika melakukan aktiviti pendakian di kawasan hutan Stesen 3 Bukit Bendera, di sini, semalam.

Dalam insiden itu, mangsa berusia 68 tahun dikatakan terjatuh lalu tidak sedarkan diri ketika mendaki bersama rakannya.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal, A Thanabalan, berkata pihaknya panggilan pada jam 4.13 petang berhubung kejadian itu.

"Setiba di lokasi, pasukan mendapati mangsa yang dilaporkan pengsan bagaimanapun sudah berada dalam keadaan sedar.