Georgetown: Seorang warga emas yang melakukan aktiviti mendaki di Bukit Bendera, di sini, terpaksa dibawa turun oleh pasukan bomba selepas dilaporkan pengsan di kawasan hutan Stesen 3 Bukit Bendera, di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 68 tahun dikatakan terjatuh lalu tidak sedarkan diri di lokasi ketika melakukan aktiviti pendakian bersama seorang rakannya.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal, A Thanabalan berkata, panggilan diterima pihaknya pada jam 4.13 petang.

"Sebaik tiba di lokasi, didapati mangsa yang dilapor pengsan sudah berada dalam keadaan sedar.