MELAKA - MIC memberi jaminan akan terus memperkukuh khidmat kepada rakyat Melaka susulan kemenangan calonnya, S Nadarajah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan berkata, mandat diberikan rakyat bukan sahaja membawa makna besar kepada MIC di Gadek, malah seluruh parti itu di Melaka.Menurutnya, kemenangan berkenaan turut menjadi nafas baharu kepada MIC selepas berdepan pelbagai cabaran sepanjang tempoh pilihan raya."Walaupun telah hadapi pelbagai cabaran dari tokoh hebat seluruh negara yang menentang, tapi BN telah memberi kepercayaan mandat kepada calon MIC."Ini merupakan nafas baharu kepada MIC dan kami memberi jaminan seluruh warga parti, bukan sahaja di Melaka malah di peringkat pusat, akan membantu memastikan perkhidmatan cemerlang dapat diberikan kepada rakyat," katanya ditemui pada malam keputusan PRN Melaka di MITC pada Sabtu.Keputusan PRN Melaka ke-16 menyaksikan S Nadarajah memperoleh 6,472 undi untuk menewaskan tiga pencabar lain iaitu K Jegasilan daripada Pakatan Harapan yang mendapat 2,958 undi; Laila Norinda Maon (Putra) dengan 1,317 undi dan B Laveen (Bersama) sebanyak 287 undi.Kemenangan itu menyaksikan Nadarajah memperoleh majoriti 3,514 undi.
PRN Melaka: MIC janji beri perkhidmatan terbaik di Gadek - Saravanan

Key takeaways
MIC berjanji memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Melaka selepas kemenangan Nadarajah di DUN Gadek dalam PRN Melaka.
- MIC mendapat mandat daripada rakyat Melaka selepas kemenangan Nadarajah di DUN Gadek.
- Kemenangan ini dianggap sebagai nafas baharu kepada MIC selepas menghadapi cabaran semasa pilihan raya.
- Nadarajah memperoleh 6,472 undi, mengalahkan tiga pencabar lain dalam PRN Melaka ke-16.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian PRN Melaka: MIC janji beri perkhidmatan terbaik di Gadek - Saravanan (this story)









