GUA MUSANG - Cubaan seorang lelaki mengedarkan 2,000 pil yaba gagal apabila dia diberkas polis dalam Op Tapis di hadapan tandas Lapang Sasar Rantau Manis di sini pada Sabtu.Penahanan suspek berusia 33 tahun itu pada jam 5.30 petang semasa menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR berwarna biru membawa kepada rampasan bahan terlarang yang bernilai RM20,000.Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, pemeriksaan terhadap motosikal berkenaan menemukan sebuah beg plastik hitam di dalam raga yang mengandungi beberapa bungkusan plastik berisi pil disyaki dadah jenis yaba.Menurut beliau, pihaknya turut merampas motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang digunakan suspek bagi membantu siasatan."Ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis methamphetamine."Semakan rekod juga mendapati suspek mempunyai lima rekod lampau berkaitan kesalahan dadah," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Ujar beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.Choon Foo memberitahu, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu lain yang terlibat serta mengesan sumber bekalan dadah berkenaan.
Lelaki positif dadah dicekup sebelum edar 2,000 pil yaba

Key takeaways
Seorang lelaki berusia 33 tahun ditahan kerana cuba mengedarkan 2,000 pil yaba di Gua Musang.
- Suspek ditahan semasa menunggang motosikal berwarna biru dalam Operasi Tapis.
- Polis merampas 2,000 pil yaba bernilai RM20,000 dan motosikal yang digunakan.
- Ujian mendapati suspek positif methamphetamine dan mempunyai lima rekod kesalahan dadah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Polis tahan lelaki positif dadah dikejar dari Sri Petaling ke Cyberjaya
- Berita Harian 7 warga asing dicekup, dadah RM1.08 juta dirampas
- Berita Harian Lelaki sering mengamuk di tempat awam positif dadah
- Sinar Harian Lelaki positif dadah dicekup sebelum edar 2,000 pil yaba (this story)








