SINGAPURA: Ketua jurulatih, Hajime Moriyasu percaya Jepun berupaya muncul pasukan terbaik dunia selepas mencipta kemenangan kedua ke atas Brazil, ketika dia bakal mengakhiri tugasnya selepas lapan tahun membimbing skuad Samurai Biru.
Jepun mengejutkan juara dunia lima kali itu dengan kemenangan 3-2 dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Singapura, malam tadi, hasil jaringan kemenangan pemain gantian, Tatsuhiro Sakamoto pada masa kecederaan.
Kemenangan itu hadir lebih setahun selepas Jepun menewaskan Brazil buat kali pertama dalam aksi persahabatan di Tokyo, sebelum skuad kendalian Moriyasu itu tersingkir di tangan lawan sama pada Piala Dunia tahun ini di Amerika Utara menerusi kekalahan 1-2 pada pusingan 32 terbaik.








