KUALA LUMPUR: Ketika Thailand mula membina momentum dalam final acara regu berpasukan lelaki Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, Pegawai Analisis Prestasi Institut Sukan Negara (ISN), Arif Aziz mula mengesan ancaman yang boleh menggugat rentak permainan skuad negara.
Melalui pemerhatian dan data yang dikumpulkan secara langsung, beliau melihat tekong Thailand mula menunjukkan konsistensi ketika melakukan servis sebelum segera memberi isyarat kepada jurulatih supaya mengambil 'timeout'.
Tindakan itu bertujuan mematahkan momentum lawan yang ketika itu mula menguasai permainan.
Selepas 'timeout', servis tekong Thailand tersangkut di jaring.










