KUALA TERENGGANU – Kegembiraan seorang pesara memperoleh keuntungan RM18,000 menerusi pelaburan dalam talian tidak bertahan lama apabila dia akhirnya kerugian RM80,000 selepas dipercayai terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
Lelaki berusia 63 tahun itu bukan sahaja berputih mata malah wang simpanan persaraannya turut lesap selepas membuat beberapa transaksi ke akaun bank yang diberikan individu tidak dikenali.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa pada awalnya tertarik menyertai pelaburan tersebut selepas diperkenalkan oleh seorang kenalan menerusi aplikasi WhatsApp pada awal bulan ini.
Menurutnya, mangsa kemudian membuat lima transaksi secara berperingkat berjumlah RM93,525 antara 11 hingga 12 November lalu.










