BUKAN mudah untuk seseorang selebriti kembali mendapat perhatian umum selepas sekian lama menyepi daripada radar industri hiburan.

Namun, bagi penyanyi Faizal Ramly atau lebih dikenali sebagai Faizal AF4, kemunculan semulanya seakan-akan membuka ruang kepada segelintir netizen untuk dikutuk terutama mengenai perubahan fizikalnya.

Kasihan melihat nasib penyanyi asal Terengganu itu apabila penampilannya mencetuskan fasa tak puas hati khalayak.

Ingat, setiap individu akan lalui fasa kehidupan berbeza, termasuk soal kesihatan dan penampilan. Yang cantik dan elok hari ini, belum tentu kekal untuk lima atau 10 tahun lagi.