PETALING JAYA – Sebanyak 17 kes kegiatan lumba haram dan menduga kelajuan direkodkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam tempoh 25 Oktober hingga semalam menerusi Operasi Khas Ekstrem Lumba Haram.
Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 14 kes dikesan di Kuala Lumpur, dua di Selangor dan satu di Pulau Pinang.
“Enam kes sudah dibawa ke mahkamah dengan empat daripadanya dikenakan denda antara RM2,300 hingga RM2,500.
“Dua kes lagi membabitkan pengeluaran waran tangkap,” katanya dalam kenyataan hari ini.








