PETALING JAYA – Seorang isteri yang pada awalnya menolak hasrat arwah suaminya untuk mendermakan organ berubah serta-merta selepas mengetahui terdapat bayi yang menantikan pendermaan mata bagi membolehkannya melihat dunia.
Rahimah Ratag, 34, berkata, pada awalnya dia tidak bersetuju dengan hasrat suaminya, Allahyarham Nuril Anwar Mohd. Sidek, 43, untuk menjadi penderma organ.
Wanita itu bimbang proses tersebut akan menyakitkan jasad suaminya selepas meninggal dunia. Bagaimanapun, pendiriannya berubah selepas doktor menerangkan mengenai proses pendermaan organ dan memaklumkan ada bayi memerlukan mata untuk mengembalikan penglihatannya.
Menurut Rahimah, dia mula memikirkan harapan individu yang sedang menunggu penderma organ termasuk bayi yang berpeluang menikmati penglihatan seperti kanak-kanak lain.








