ROM – Pengawal selia perlindungan data Itali mengenakan denda sebanyak AS$880 juta (RM3.5 billion) terhadap syarikat teknologi Meta, susulan dakwaan mengakses foto, video dan maklumat berkaitan dalam galeri telefon pengguna tanpa mendapatkan persetujuan khusus mereka.
Pihak berkuasa perlindungan data Itali dalam satu kenyataan semalam berkata, Meta yang juga syarikat induk Facebook, mengakses kandungan galeri pengguna menerusi aplikasi Facebook pada peranti Android tanpa memaklumkan mereka dengan sewajarnya.
Bagaimanapun, Meta menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan dan akan mengemukakan rayuan.
Jurucakap syarikat itu berkata, pihaknya amat tidak bersetuju dengan penilaian pengawal selia serta menyifatkan jumlah denda yang dikenakan sebagai tidak seimbang.








