MEMANG menjadi kenangan percutian di luar negara yang tidak dapat saya lupakan apabila berpeluang menjelajah negara Balkan secara ‘diy’ (do it yourself) pada Oktober tahun lalu hanya bersama ibu, Zainon yang berusia 61 tahun dan anak kecil, Humaira yang berusia satu tahun 11 bulan. Percutian ini menjadi istimewa kerana melibatkan tiga perempuan daripada tiga generasi menelusuri lapan buah negara selama 16 hari.

Perjalanan kami dimulakan dari Kuala Lumpur menaiki kapal terbang singgah sebentar di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu kemudian ke Turkiye seterusnya ke North Macedonia. Kemudian dari situ, kami menyusuri jalan darat menaiki bas ke negara Kosovo, Albania, Montenegro, Croatia dan akhirnya Bosnia & Herzegovina.