ADA banyak persepsi, tanggapan, pendirian dan prinsip yang berkocak jika melihat kepada jalur perjalanan proses pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Gema kocakan itu dapat dirasai sejak awal 2024 hingga pelaksanaan pengampunan bersyarat yang menyaksikan Najib mula menjalani tahanan di rumahnya dekat Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur minggu ini sehingga 23 Ogos 2028.

Sehingga kini khasnya pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, hukuman tahanan rumah Najib masih diperdebatkan masyarakat, lebih-lebih lagi apabila bersangkut dengan keputusan peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan kes pengampunan bersyarat ini, isu berkenaan bukan sekadar berkisar soal hukuman atau kedudukan seorang bekas pemimpin negara mendapat 'layanan istimewa'.