KUALA NERUS – Seramai 207 penumpang termasuk kru sebuah pesawat jenis Airbus A321neo terkandas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini selepas pesawat berkenaan gagal mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akibat cuaca buruk.Pesawat tersebut dilaporkan selamat mendarat di LTSM sekitar jam 5.30 petang pada Sabtu selepas turut tidak dapat dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAAP) berikutan masalah kekurangan bahan api.Menurut sumber, kesemua penumpang sebelum itu ditempatkan di Balai Berlepas Antarabangsa LTSM sementara menunggu urusan pengurusan lanjut.Katanya, memandangkan LTSM tidak mempunyai perkhidmatan penyambungan pengisian semula bahan api (refuel link), bekalan minyak bagi pesawat berkenaan perlu diuruskan sama ada dari Pahang atau Kelantan"Bekalan minyak berkemungkinan dibawa dari Kuantan atau Kota Bharu dan selepas pengisian selesai, barulah pesawat dapat meneruskan penerbangan," katanya.Buat sementara waktu, kesemua penumpang yang terlibat ditempatkan di tiga buah hotel sekitar daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus melalui lima perjalanan pengangkutan yang disediakan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan pendaratan penerbangan Qingdao Airlines (QW907) dari China di lapangan terbang terbabit.Menurutnya, pesawat berkenaan terpaksa dilencongkan ke LTSM berikutan faktor cuaca dan kesemua individu di dalam pesawat berada dalam keadaan selamat.
Gagal mendarat di KLIA, pesawat China bawa 207 penumpang dilencongkan ke Terengganu

Key takeaways
Pesawat China dengan 207 penumpang gagal mendarat di KLIA dan dilencongkan ke Terengganu kerana cuaca buruk.
- Pesawat Airbus A321neo gagal mendarat di KLIA dan mendarat di LTSM Terengganu.
- Penumpang ditempatkan di tiga hotel sekitar Kuala Terengganu sementara menunggu penerbangan lanjut.
- Pendaratan dilakukan kerana cuaca buruk dan masalah kekurangan bahan api.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORHASPIDA YATIM
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Lelaki didakwa bawa empat warga China tanpa izin
- Berita Harian Eksperimen Harimau Malaya di China perlu bawa hasil
- Sinar Harian Gagal mendarat di KLIA, pesawat China bawa 207 penumpang dilencongkan ke Terengganu (this story)








