KUALA LUMPUR – Kementerian Digital terus memperkukuh agenda pembudayaan digital di peringkat akar umbi menerusi penganjuran Program Minggu Digital Kementerian Digital 2026 (MDKD2026) Edisi Lembah Klang di Pusat Komuniti Sentul Perdana di sini pada Sabtu.Ketua Setiausaha Kementerian Digital, Datuk Fabian Bigar berkata, program berkenaan bertujuan membawa inisiatif, perkhidmatan dan pengetahuan digital terus kepada masyarakat supaya manfaat pendigitalan negara dapat dirasai rakyat.Menurutnya, pengisian program memberi tumpuan empat teras utama iaitu pendedahan kecerdasan buatan (AI), kepercayaan digital, kesejahteraan siber serta perluasan akses kepada perkhidmatan digital kerajaan."Pendedahan mengenai AI dan AI Generatif dilaksanakan menerusi sesi khas selama dua jam bagi menunjukkan bagaimana teknologi itu boleh membantu urusan seharian termasuk pembelajaran anak-anak, penyediaan resume dan perniagaan," katanya pada majlis perasmian MDKD2026 Edisi Lembah Klang berlangsung di pusat komuniti berkenaan.Pada masa sama menurutnya, sesi AI Bertanggungjawab untuk Komuniti turut disediakan bagi mendidik masyarakat menggunakan teknologi kecerdasan buatan secara selamat, bertanggungjawab dan bermoral.Dalam aspek keselamatan digital pula, beliau berkata, program itu turut menyediakan sesi Ceramah Kesedaran Penipuan Digital dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membimbing pengunjung mengenali taktik penipuan kewangan dalam talian serta langkah melindungi akaun perbankan.Reruai CyberSecurity Malaysia (CSM) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) turut dibuka bagi menyediakan khidmat nasihat berkaitan keselamatan siber serta perlindungan data peribadi."Program itu turut memberi perhatian kepada kesejahteraan keluarga menerusi sesi Keibubapaan Pintar di Era Digital, ceramah penggunaan media sosial secara bertanggungjawab serta Pertandingan Mewarna bertemakan Dunia AI dan Masa Depan Digital," katanya.Selain itu, pelbagai kemudahan turut disediakan termasuk Program Jualan Rahmah Madani bersama KPDN, saringan kesihatan Klinik Putrimedik, kaunseling kredit AKPK, pendaftaran pekerjaan PERKESO serta kemudahan pendaftaran MyDigital ID dan perkhidmatan Portal MyGovernment.Sementara itu, seorang peserta program, Aryana Batisha Mansor, 14, berkata, pendedahan mengenai penggunaan AI secara berhemah dan selamat wajar diperluaskan kepada golongan muda, khususnya pelajar sekolah.Pelajar Tingkatan Dua itu berkata, program berkenaan memberikannya pemahaman bahawa AI bukan sahaja membantu tugasan akademik, malah berpotensi menghasilkan inovasi yang bermanfaat kepada negara."Pendedahan awal juga penting bagi memastikan golongan muda memahami keselamatan dan risiko penyalahgunaan teknologi berkenaan," katanya.Beliau turut berharap program seumpama itu diperluaskan ke lokasi lain supaya lebih ramai pelajar berpeluang mendalami perkembangan teknologi semasa.
MDKD2026 perkukuh literasi digital, dedah golongan muda AI

Key takeaways
MDKD2026 Edisi Lembah Klang diadakan untuk memperkukuh literasi digital dan dedah AI kepada golongan muda.
- Program fokus pada pendedahan AI, kepercayaan digital, kesejahteraan siber dan akses perkhidmatan digital.
- Sesi AI bertanggungjawab dan kesedaran penipuan digital diadakan untuk keselamatan pengguna.
- Kerjasama dengan BNM, CSM dan JPDP disediakan untuk nasihat keselamatan siber dan perlindungan data.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MOHD AZLIM ZAINURY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Selangor perkukuh pembangunan bakat digital menerusi SCOUT
- Harian Metro Pengguna digesa tingkat literasi digital
- Sinar Harian MDKD2026 perkukuh literasi digital, dedah golongan muda AI (this story)








