New York: Penumpang yang keletihan terus berdepan gangguan penerbangan meskipun perkhidmatan di lapangan terbang Amerika Syarikat (AS) kembali beroperasi selepas dihentikan sepenuhnya selama beberapa jam."
Pentadbiran Presiden Donald Trump menyalahkan kerja penggantian wayar tembaga komunikasi lama yang tidak berjalan lancar sebagai punca kekecohan bermula Jumaat lalu.
Arahan menghentikan semua penerbangan di seluruh negara itu, bermakna tiada pesawat dibenarkan berlepas, mencetuskan kekacauan besar-besaran dan menyebabkan ratusan ribu penumpang terkandas.
Malah, ada penumpang yang diarahkan turun dari pesawat oleh kakitangan syarikat penerbangan beberapa minit sebelum waktu berlepas, ketika mereka sendiri kelihatan tidak mengetahui perkembangan yang sedang berlaku.










