Singapura: Ketua jurulatih Brazil, Carlo Ancelotti meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengadilan perlawanan selepas skuad kendaliannya tewas mengejut 2-3 kepada Jepun dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Singapura, malam tadi.
Lebih mencuri tumpuan, pengendali berusia 67 tahun itu dilayangkan kad merah oleh pengadil, Jansen Foo Chuan Hui ketika perlawanan berlangsung dalam suasana tegang pada penghujung aksi.
Brazil yang dibarisi beberapa bintang utama termasuk Vinicius Junior gagal mempertahankan kelebihan selepas dua jaringan penyerang Real Madrid itu tidak cukup untuk menghalang kebangkitan Jepun yang melakar kemenangan menerusi gol lewat Sakamoto pada masa kecederaan.










