Manila: Jadual padat menanti Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan di sini pada Ahad, dengan krisis Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan dijangka menjadi antara agenda utama.

Anwar, yang tiba pada malam Sabtu, akan menghadiri majlis perasmian di Pusat Konvensyen Antarabangsa Filipina (PICC) yang akan dipengerusikan oleh Presiden Filipina Ferdinand R. Marcos Jr. selaku Pengerusi ASEAN. Majlis itu akan disusuli dengan sidang pleno dan sesi permukiman pemimpin.

Perdana Menteri diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Hari ini, beliau akan menyertai pemimpin ASEAN lain dalam beberapa mesyuarat berasingan bersama-sama wakil Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA), Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) dan Belia ASEAN.