PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selamat tiba di Manila, Filipina malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan.

Anwar berkata, penyertaan Malaysia dalam persidangan yang berlangsung bermula esok hingga 17 November itu merupakan platform penting untuk memperkukuh hubungan serantau serta mengangkat kepentingan bersama negara-negara ASEAN.

Katanya, beberapa acara dan pertemuan dua hala bersama pemimpin ASEAN serta rakan dialog turut diatur sepanjang keberadaan beliau di negara berkenaan.

“Tumpuan kepada pengukuhan kerjasama serantau, perkembangan geopolitik dan ekonomi semasa serta usaha menangani cabaran bersama,” katanya menerusi hantaran di Facebook sebentar tadi.