WASHINGTON: Microsoft semalam memaklumkan bahawa gangguan meluas yang menjejaskan perkhidmatannya adalah berpunca daripada isu teknikal yang tidak berkaitan dengan aktiviti siber, kecerdasan buatan (AI) atau ejen AI, lapor Anadolu Ajansi.
Syarikat itu turut memohon maaf kepada pelanggan dan rakan kongsinya ketika usaha pemulihan masih diteruskan.
"Ini adalah isu teknikal yang tidak berkaitan dengan aktiviti siber atau AI/ejen AI," katanya dalam satu kenyataan.
Microsoft mengenal pasti punca gangguan itu sebagai masalah asas yang berpunca daripada kerja menaik taraf kapasiti rangkaian sebelum ini, namun hanya muncul susulan perubahan rangkaian baru-baru ini.









