KUALA LUMPUR: Demi mengabadikan kenangan indah bersama suami dan lima anak, pelakon dan usahawan, Che Ta Pot Pet, sanggup membelanjakan kira-kira RM100,000 bagi meraikan ulang tahun perkahwinan ke-18 bersama suaminya, Aaron Lee.
Che Ta atau nama sebenarnya, Rozita Baharom, 35, berkata, penganjuran majlis istimewa itu bukan sekadar meraikan perjalanan rumah tangga mereka, sebaliknya menjadi simbol kasih sayang yang mahu terus disemai dalam keluarga.
Menurutnya, dia mahu anak-anak memahami bahawa cinta dan kasih sayang dalam rumah tangga adalah sesuatu yang perlu dihargai serta diraikan biarpun sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga.
"Majlis ini sebagai memori untuk saya bersama suami serta anak-anak. Salah seorang anak saya tadi ada bertanya kenapa kahwin lagi? Saya jawab sebab masih sayangkan bapa mereka.









