WASHINGTON: Donald Trump, Vladimir Putin dan Xi Jinping bakal julung kali mengadakan pertemuan tiga hala bersejarah membabitkan pemimpin Amerika Syarikat (AS), Russia serta China pada satu sidang kemuncak di Shenzhen, minggu depan, menurut Rumah Putih, semalam.

Menurut pegawai AS, Trump mahu membincangkan usaha mengurangkan senjata nuklear pada rundingan tiga hala yang dijadualkan berlangsung pada Khamis, selain akan membangkitkan isu perang Iran, namun tidak dijangka menyentuh konflik Russia-Ukraine.

Jurucakap Rumah Putih, Olivia Wales, berkata ketiga-tiga Presiden negara kuasa besar itu akan bertemu di luar agenda rasmi Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di bandar raya selatan China berkenaan.