BUKIT KATIL: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari, berharap peratusan keluar mengundi kekal tinggi sepanjang proses pengundian hari ini ditutup jam 6 petang.
Beliau berkata, peratusan keluar mengundi beberapa saluran Pusat Daerah Mengundi (PDM) melepasi 30 peratus setakat tengah hari tadi.
"Pagi tadi saya melawat pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Palembang. Saya berterima kasih pengundi datang awal kalau kita lihat respon pusat pengundi kita dari jam 7.30 pagi pengundi dah beratur, amat baik sebahagian saluran mengundi cecah 30 peratus.
"Kita harap data peratusan SPR agak menarik, saya ucap terima kasih SPR kita boleh lihat secara online masa dan jumlah keluar mengundi.









