Manila: Lebih 100 dokumen hasil yang merangkumi tiga tonggak komuniti ASEAN serta hubungannya dengan rakan luar dijangka dikeluarkan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, kata Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Ma. Theresa P. Lazaro.

Beliau berkata sidang kemuncak yang dijadualkan berlangsung dari 15 hingga 17 November di Pusat Konvensyen Antarabangsa Filipina itu akan menyaksikan penyerahan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN, pelancaran lambang ASEAN yang dikemas kini serta upacara menaikkan bendera versi terbaharunya.

Beliau berkata perbincangan akan berpandukan tiga keutamaan kepengerusian ASEAN oleh Filipina iaitu Tunjang Keamanan dan Keselamatan, Koridor Kemakmuran dan Pemerkasaan Rakyat.