Kuala Lumpur: Hadapi masalah kewangan tidak dapat perbaharui lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans.

Itu alasan diberikan pasangan suami isteri selepas lelaki itu ditahan ketika memandu kereta jenama Mercedes di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Taman Melawati, kelmarin.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Hamidi Adam berkata, pihaknya menjalankan Ops Kenderaan Perdagangan dan Ops Luxury sempena Ops Patuh di MRR2 Taman Melawati.

Menurutnya, dalam operasi itu, pihaknya kemudian menahan kereta Mercedes itu yang dipandu seorang lelaki di mana semakan mendapati kereta itu milik isterinya.