Sabak Bernam: Bekas Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Azman Dahlan, 61, meninggal dunia di Makkah, hari ini.

Berita itu dimaklumkan MDSB menerusi hantaran di Facebook (FB).

"Kami menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga serta sahabat Allahyarham.

"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya.