ARAU: Seorang pembantu tadbir pejabat mencuri perhatian apabila menerima penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan bersempena Istiadat Konvokesyen 21 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), hari ini.

Reynold@Reynold Wong, 48, menerima penganugerahan itu pada sidang pertama konvokesyen yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor UniMAP.

Menurut Reynold, dia merasa bersyukur apabila dapat meraih penganugerahan berkenaan selepas mengharungi cabaran bagi menamatkan pengajian dalam bidang tersebut.

“Yang penting sekali adalah disiplin. Sudah tentulah kalau kita rasa progress itu lambat untuk sampai ke objektif dikehendaki, namun dengan kecekalan serta disiplin, maka kita dapat capai apa yang diinginkan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.