Kuala Lumpur: Orang ramai dinasihatkan supaya menjauhi lokasi kejadian dan tidak berada terlalu hampir dengan anggota polis yang sedang berdepan penjenayah bersenjata.
Langkah ini penting bagi mengelakkan risiko terkena tembakan ketika pihak berkuasa cuba mengambil tindakan mempertahankan diri.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kehadiran orang ramai terlalu hampir dengan lokasi kejadian berkemungkinan menyebabkan anggota polis teragak-agak untuk melepaskan tembakan kerana bimbang peluru tersasar dan terkena orang awam.
Beliau mengulas situasi kejadian seorang anggota polis ditetak dengan senjata parang hingga menyebabkan pergelangan tangan kanannya terputus di sebuah pangsapuri, Desa Aman Puri, Kepong, Rabu lalu.






