KUALA LUMPUR: Selepas muncul pasukan paling kebal dalam saingan Piala ASEAN Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebelum ini, Harimau Malaya kini boleh membina 'tembok' pertahanan lebih ampuh selepas ini.

Ia susulan perkembangan terbaharu yang menyaksikan pemain naturalisasi, Shane Lowry sudah mendapat lampu hijau daripada FIFA dan boleh mewakili skuad kebangsaan Malaysia bermula kelmarin.

Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan kehadiran pemain berpengalaman daripada Johor Darul Ta'zim (JDT) itu menambah kekuatan dan memberi lebih banyak pilihan buat jurulatih dalam membentuk benteng Harimau Malaya.

Jamal yang pernah beraksi di posisi pertahanan berkata, kekuatan pasukan tidak seharusnya hanya dinilai berdasarkan kemampuan menghasilkan jaringan, sebaliknya perlu mempunyai keseimbangan antara benteng, tengah dan serangan.