Key takeaways
Vokalis kumpulan Versi, Awang atau Che Saimi Che Wok, 59, meninggal dunia di kediamannya di Taman Sri Segambut pada jam 11.45 pagi. Pemergian penyanyi lagu Bila Kekasih Mula Merajuk itu disahkan oleh isterinya, Yusnani Kiman.
- Awang meninggal dunia di kediamannya di Taman Sri Segambut pada jam 11.45 pagi.
- Isterinya, Yusnani Kiman, mengesahkan berita pemergian vokalis kumpulan Versi tersebut.
- Awang dilaporkan demam dan menolak untuk ke hospital sebelum pengsan.
Summarised automatically by AI from the original article by Berita Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Versi, Awang atau nama sebenarnya Che Saimi Che Wok, 59, menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya di Taman Sri Segambut, di sini, jam 11.45 pagi tadi.
Berita pemergian penyanyi yang popular menerusi lagu Bila Kekasih Mula Merajuk itu disahkan oleh isterinya, Yusnani Kiman.
"Pagi tadi arwah beritahu dia demam dan pernafasannya menjadi pendek. Saya mengajaknya ke hospital namun dia menolak kerana bimbang ditahan di wad serta takut dijangkiti influenza.
"Tidak lama selepas itu, dia muntah sedikit sebelum terus pengsan," katanya kepada Harian Metro.