Kuala Lumpur : Vokalis kumpulan Versi, Awang atau nama sebenarnya Che Saimi Che Wok, 59, menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya di Taman Sri Segambut, di sini, jam 11.45 pagi tadi.
Berita pemergian penyanyi yang popular menerusi lagu Bila Kekasih Mula Merajuk itu disahkan oleh isterinya, Yusnani Kiman.
"Pagi tadi arwah beritahu dia demam dan pernafasannya menjadi pendek. Saya mengajaknya ke hospital namun dia menolak kerana bimbang ditahan di wad serta takut dijangkiti influenza.
"Tidak lama selepas itu, dia muntah sedikit sebelum terus pengsan," katanya kepada Harian Metro.










