KUALA TERENGGANU: Walaupun mengambil masa beberapa tahun untuk menamatkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD), sepasang suami isteri meraikan kejayaan mereka bersama pada majlis konvokesyen hari ini.

Bekas pensyarah Universiti Kolej Bestari (UCB), Dr Ahmad Suhaily Mohd Salleh, 50, yang kini memilih bersara awal bagi mengusahakan ladang nanas di Kampung Putera Jaya berkata, beliau memulakan pengajian PhD dalam bidang Pengurusan dan Pentadbiran pada tahun 2018.

Menurutnya, langkah itu kemudiannya diikuti oleh isterinya, Dr Nor Azlina Sulaiman, 51, yang kini bertugas sebagai pegawai tadbir di UCB apabila menyambung pengajian pada tahun 2019.

"Cabaran utama kami adalah dari segi pengurusan masa kerana perlu bijak membahagikan tumpuan antara menguruskan keluarga dengan enam orang anak, kerjaya serta pengajian.