Kuala Lumpur: Isu ulat parkir masih berlaku didapati masih berlaku di stesen Aliran Transit Massa (MRT) Maluri di sini.

Berdasarkan beberapa perkongsian di Threads, aktiviti haram itu dipercayai masih berlaku dan difahamkan polis serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta beberapa pihak lain juga membuat pemantauan di lokasi, semalam.

Seorang pengguna Threads yang hanya mahu dikenali sebagai Hanna berkata, isu berkenaan sudah berlarutan sejak Oktober lalu dan mendapat perhatian ramai namun ia masih belum ada penyelesaian secara tuntas.

Dakwanya pihak yang menguruskan parkir berkenaan sudah memberi notis memaklumkan tiada bayaran dikenakan dan meletakkan kain rentang parkir percuma namun masih ada pihak mengutip bayaran.