PETALING JAYA – Pengguna Transit Aliran Massa (MRT) yang meletakkan kenderaan di kawasan parkir Stesen MRT Kwasa Damansara berdepan detik mencemaskan apabila kawasan tersebut dinaiki air susulan hujan lebat, pagi tadi.
Kejadian itu tular di media sosial selepas seorang pengguna Threads, @evil.dr.porkchopp memuat naik beberapa keping gambar memperlihatkan deretan kenderaan dikelilingi air banjir.
Menerusi perkongsian tersebut, individu berkenaan memaklumkan kejadian berlaku kira-kira pukul 7.20 pagi tadi.
Seorang pengguna Threads, @ahtzumae meluahkan rasa cemas apabila menyedari kenderaannya turut diletakkan di kawasan parkir berkenaan.








